AUDUSD Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2016

29

Aussie Dollar yang susut lebih 65 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7175, kembali memacu naik untuk menutp lebih tinggi sekitar paras $0.7226; setelah data sektor pekerjaan Australia dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  Namun, Dollar yang terus mendapat permintaan mencecah paras tujuh minggu tertinggi berbanding matawang selepas Feds memberi isyarat tentang kenaikan kadar yang boleh berlaku seawal Jun depan, manakala saham di Wall Street telah disokong oleh permintaan yang terhasil dalam saham bank.

Di pasaran Australia, Biro Perangkaan memberikan angka sektor pekerjaan bulan April yang menunjukkan penurunan kecil dalam orang yang masih mempunyai pekerjaan atau mencari pekerjaan, membantu mengekalkan kadar pengangguran kekal stabil, walaupun pertumbuhan pekerjaan masih agak lemah. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju bahawa Australia umumnya perlu mewujudkan kira-kira 20 ribu pekerjaan sebulan untuk mengekalkan kadar pengangguran yang stabil.

Dalam laporan semalam, pasaran pekerjaan Australia hanya menambah 10,800 pekerjaan pada bulan April berbanding 25,700 pada bulan Mac.  Pasaran menjangkakan penambahan sebanyak 12,100 pekerjaan.  Bagaimanapun, kadar pengangguran kekal stabil pada 5.7% seperti sebelumnya, berbanding jangkaan kenaikan kepada 5.8%.

Hari ini mesyuarat G7 bermula yang dihostkan oleh Jepun di Sendai.  G7 dianggotai oleh AS, UK, Jepun, Itali, Jerman, Perancis dan Kanada.  Malam ini, Amerika Syarikat bakal melaporkan jualan rumah sedia ada yang dijangka meningkat dari 5.33 juta kepada 5.4 juta unit.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Australia hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat