AUDUSD Analisa Fundamental Harian 21 April 2016

31

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik dari paras terendah harian sekitar $0.7765 ke setinggi $0.7830, sebelum menutup sekitar paras $0.7795; setelah pasaran ekuiti China jatuh lebih rendah yang menuju penurunan terbesar mereka sejak Februari lalu. Sebelum daripada itu, Aussie mencecah 78 sen AS, didorong oleh harga komoditi yang lebih kukuh.

Gabenor RBA Glenn Stevens membantu meningkatkan Dollar Australia apabila beliau mengetepikan soalan kepada kekuatan Aussie dalam ucapannya di New York dengan berkata bahawa “bahasa kita berbeza-beza dari semasa ke semasa, selari dengan perubahan pasaran.” Walaupun Gabenor RBA mengelakkan soalan tersebut, minit mesyuarat terbaru mendedahkan ketidakselesaan yang semakin meningkat terhadap kadar pertukaran yang semakin kukuh.

[adrotate group=”6″]

“Ahli lembaga RBA diingatkan bahawa penambahan nilai dalam kadar pertukaran boleh merumitkan kemajuan dalam aktiviti pengimbangan semula ekonomi kepada sektor bukan perlombongan,” menurut minit RBA. Ahli ekonomi mempunyai pandangan yang berbeza mengenai lonjakan Aussie. Mereka merasakan bahawa kekuatan baru-baru ini, boleh mula mengancam pertumbuhan kerana kos import yang lebih rendah akan memandu inflasi lebih rendah dan mengancam pengeksport.

Ada yang berpendapat bahawa walaupun pada tahap yang sedikit terlebih nilai seperti yang dilihat sekarang, Aussie telah mula menjejaskan ekonomi. Dollar Australia benar-benar perlu berada di bawah nilai. Jika tidak, jika ia kekal pada paras semasa, eksport bersih akan beralih daripada menambah pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) kepada menolak daripadanya.

Aussie Dollar dijangka akan terus merasakan tekanan kekangan yang timbul, selagi aset berisiko tinggi dan komoditi kekal di bawah tekanan, dan boleh akhirnya berkembang menjadi perubahan trend.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat