AUDUSD Analisa Fundamental Harian 26 Feb 2016

41

Aussie Dollar melonjak lebih 85 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7245 sebelum menutup sekitar paras $0.7235; setelah perbelanjaan modal swasta Australia untuk suku keempat 2015 diumumkan lebih baik dari jangkaan, walaupun ianya meleset dari suku sebelumnya.

Di pasaran Australia perbelanjaan modal swasta, dilaporkan meningkat kepada 0.8% berbanding -8.4% setelah disemak semula.  Pasaran menjangkakan angka sebanyak -3.1%. Pengurus pelanggan OM Financial, Martin Rudings berkata Australia terus menjejaki sentimen dan pergerakan pasaran ekuiti global. “Kami melihat masih tiada pelaburan daripada sektor perlombongan dan walaupun sektor perkhidmatan cuba mengimbangi keadaan, saya tidak fikir mereka mempunyai banyak pelaburan,” tambah Encik Rudings lagi.

[adrotate group=”6″]

Dollar Australia juga meningkat lebih tinggi dalam perdagangan luar pesisir selepas pegawai akhbar di Bank Rakyat China (PBoC) berkata kerajaan pusat boleh meningkatkan defisit bajet China kepada 4% daripada KDNK (GDP) dalam tempoh yang panjang, demi untuk mengimbangi pendapatan yang berkurang disebabkan oleh pemotongan cukai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat