AUDUSD Analisa Fundamental Harian 8 Feb 2016

47

moshedfx-forex-malaysia-audusd-016

Aussie Dollar merudum lebih 150 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7065 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah data jualan runcit Australia dilaporkan pada sifar, jauh meleset dari jangkaan 0.5% dan lebih rendah dari 0.4% pada sebelumnya. Menurut Biro Statistik Australia, jumlah jualan tidak berubah pada A$24.759 bilion, dan jualan terkumpul untuk suku keempat 2015, berjumlah A$72.062 bilion.

Dalam pada itu, sektor pembinaan di Australia kekal dalam penguncupan pada bulan Januari, menurut kaji selidik terbaru dari Kumpulan Industri Australia pada Jumaat, dengan skor PMI sebanyak 46.3 mata. Angka itu turun daripada 46.8 mata pada bulan Disember, dan ia bergerak lebih jauh di bawah garis 50 mata yang memisahkan pengembangan dari penguncupan. Antara komponen kajian – bangunan pangsapuri, pembinaan komersial dan pembinaan kejuruteraan, semuanya menguncup – sementara pembinaan kediaman berkembang untuk bulan kedua berturut-turut.

[adrotate group=”6″]

Dollar Australia memberikan reaksi selepas laporan Dasar Kewangan Reserve Bank of Australia, di mana Bank Pusat Australia itu telah mengurangkan unjuran KDNK 2017, sebanyak 0.25% dan memberikan petunjuk ke arah inflasi yang lebih rendah pada akhir Jun tahun ini.  Pada masa yang sama, laporan NFP AS yang secara umumnya lebih baik, telah menjana permintaan untuk Dollar dan menyebabkan kadar tukaran AUD/USD jatuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat