Dollar Australia dan New Zealand bergerak lebih rendah pada Khamis apabila permintaan bagi matawang Amerika Syaraikt terus disokong gara-gara data pekerjaan yang dikeluarkan positif sebelum ini.
AUD/USD menjunam sebanyak 0.12 peratus kepada 0.7518, tidak jauh dari paras terendah dalam tempoh enam minggu.
US Dollar mula mendapat rentak untuk melonjak sejurus selepas data gaji ADP dikeluarkan positif dengan pertambahan 298,000 pekerjaan berbanding ramalan peningkatan sebanyak 190,000.
Bacaan ini juga merupakan peningkatan terbesar di dalam sektor swasta sejak Mac 2006.
Namun begitu, tumpuan masih diberikan kepada data pekerjaan NFP yang akan dikeluarkan pada Jumaat bagi mengukuhkan lagi jangkaan kenaikan kadar yang akan dipersetujui minggu depan.
NZD/USD menjunam sebanyak 0.22 peratus kepada 0.6899.
Dalam sesi ini, US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang yang lain dikatakan berada pada paras stabil.
Jepun Cuba Elakkan Isu Kontroversi Dari Dibincangkan di Dalam Dialog Ekonomi Dengan AS!