Jepun Cuba Elakkan Isu Kontroversi Dari Dibincangkan di Dalam Dialog Ekonomi Dengan AS!

52

Jepun berhasrat untuk meletakkan sektor pertanian sebagai isu utama yang akan dibentangkan dalam dialog ekonominya dengan Amerika Syarikat bulan depan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, isu yang akan diberi penekanan oleh Jepun dalam dialog ekonomi bersama dengan AS nanti selain sektor pertanian termasuklah bantuan teknikal terhadap projek-projek kereta api Amerika Syarikat dan peningkatan gas syal ke Jepun.

Penggubal dasar juga akan lebih memberi tumpuan kepada cara untuk membantu AS dalam meningkatkan pelaburan infrastruktur berbanding isu kontroversi yang lain seperti isu perdagangan.

Menurut salah seorang pegawai yang tidak ingin disiarkan namanya, kerajaan akan membincangkan isu-isu yang mudah untuk mencapai persetujuan seperti projek infrastruktur.

Penggubal dasar bagi kedua-dua negara juga mengesahkan bahawa Bank of Japan dan Fed tidak akan mengambil bahagian di dalam dialog tersebut bagi mengelakkan pandangan bahawa kerajaan cuba untuk mengawal dasar kewangan yang merupakan hak mutlak bank pusat.

Pertemuan ini telah dipersetujui oleh Shinzo Abe dan Donald Trump bulan lepas bagi membincangkan isu-isu seperti makro ekonomi, perdagangan dan pelaburan infrastruktur.

Justeru Taro Aso iaitu Menteri Kewangan Jepun dan Mike Pence, Naib Presiden AS dijangka akan menjadi wakil bagi kedua-dua buah negara bagi mengetuai perbincangan dua hala yang akan diadakan bulan depan.

Trump sebelum ini pernah menuduh Jepun sebagai memanipulasi matawang dengan sengaja melemahkan matawang yen bagi memberi kelebihan kepada aktiviti eksport yang dianggap tidak adil.

EU Menambah Jumlah Perjanjian Perdagangan Terbuka disaat Trump Memperjuangkan Isu Perlindungan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat