Aussie Melemah Sementara Kiwi Menjunam dalam Sesi Eropah

40

Dollar Australia bergerak lebih rendah matawang utama yang lain, sementara Dollar New Zealand mula membina momentum menaik berikutan kegelisahan pasaran meneliti ulasan pertemuan Xi dan Trump.

Pair AUD/USD dalam sesi ini merosot kepada 0.7546, tidak jauh daripada paras terendah dalam tempoh 3 ½ minggu.

US Dollar mengalami tekanan selepas Institut Pengurusan Bekalan berkata pada Rabu bahawa indeks aktiviti bukan perkilangan jatuh kepada 55.2 pada bulan Mac berbanding bacaan 57.6 pada Februari lalu.

Dalam laporan berasingan, jabatan pemprosesan gaji ADP melaporkan bahawa sektor swasta AS menambah 263,000 pekerjaan baru pada bulan Mac, melebihi jangkaan peningkatan sebanyak 187,000.

NZD/USD meningkat sebanyak 0.20 peratus untuk didagang pada 0.6979.

Tumpuan terhadap beberapa isu sensitif seperti isu perdagangan, keselamatan, termasuk program senjata Korea Utara juga menyebabkan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati.

Dalam pembukaan sesi Eropah ini, US Dollar Index dinilai menurun sebanyak 0.09 peratus selepas mencecah tahap tertinggi dalam tempoh tiga minggu pada hari Rabu.

Pengasas Amazon Ini Menjual $1 Billion Saham Setahun Untuk Projek “Pelancongan” ke Angkasa Lepas

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat