Aussie Melemah Sementara Menanti Beberapa Data Penting Dari Australia dan China

46

Aussie melemah dalam sesi Asia pada Selasa menjelang data kajian perniagaan disamping menanti beberapa laporan ekonomi penting dari China seperti data jualan runcit dan pengeluaran industri.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain, kali terakhir didagang merosot sebanyak 0.12 peratus kepada 101.26.

AUD/USD didagang menjunam pada 0.05 peratus manakala USD/JPY dinilai pada 114.93, meningkat sebanyak 0.04 peratus.

Sementara itu, GBP/USD merosot sebanyak 0.07 peratus.

China dijangka akan melaporkan laporan pelaburan asset tetap bagi bulan Januari dengan jangkaan peningkatan sebanyak 8.2 peratus. Sementara itu, data jualan runcit dan pengeluaran perindustrian juga dijangka akan meningkat sebanyak 6.2 peratus dan 10.5 peratus.

Pasaran global akan mengharungi minggu yang agak sibuk sepanjang minggu ini dengan keputusan semakan dasar oleh beberapa bank pusat termasuk Amerika Syarikat, Jepun, UK dan Switzerland.

Antara yang menjadi tumpuan bagi minggu ini ialah keputusan mesyuarat dasar dua hari oleh Fed pada awal pagi Khamis dengan jangkaan yang agak kuat terhadap prospek kenaikan kadar pertama oleh Fed dalam tahun ini.

Di samping itu, pelabur juga bakal memerhatikan beberapa isu penting yang bakal diumumkan hasil daripada mesyuarat dua hari oleh kumpulan G20 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kekuatan ekonomi global.

Buang Jauh-Jauh 5 Mindset Ini Kalau Nak Berjaya Dalam Forex

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat