Aussie Menunggu Laporan Pekerjaan, Pound pula Menantikan Keputusan Penetapan Kadar Faedah

408

Perkembangan terbaru Brexit berjaya menyokong semula dagangan Pound Sterling dalam pasaran semasa. Pound dilihat kembali mengukuh pada Selasa selepas Bloomberg melaporan bahawa Kesatuan Eropah bakal meluluskan penangguhan tempoh rundingan Brexit sebelum tarikh pengunduran Britain pada 29 Mac nanti.

Selain perkembangan pada isu Brexit, tumpuan pelabur terhadap dagangan GBP turut terarah kepada keputusan penetepakan kadar faedah di UK dalam mesyurat dasar montari pada Khamis.

Pasaran meramalkan kadar faedah pada kali ini dijangka akan terus dikekalkan di paras 0.75% seperti sebelum ini sejak dinaikkan dari paras 0.50% pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu, matawang komoditi dolar Australia pada dagangan Asia pagi ini menunjukkan kejatuhan harga susulan ucapan Timbalan Gabenor, Bullock berkaitan mini mesyuarat dasar monetari pada Januari.

Turut menjadi tumpuan untuk dagangan AUD minggu ini adalah pada laporan data pekerjaan Australia yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 pagi esok.

Pertambahan pekerjaan di Australia untuk bulan Februari dijangka mencatatkan angka yang lebih rendah berbanding bacaan sebelumnya sekitar 14,800 pekerjaan selepas lonjakan tinggi angka pada bacaan 39,100 pada Januari.

Kadar pengangguran di Australia pula dijangka akan terus kekal di paras 5.0% seperti bacaan sebelumnya.

Jika dilihat pergerakan harga bagi chart pasangan matawang GBP/AUD, harga yang turun menyentuh paras support sekitar 1.86400 pada dagangan semalam kembali membuat kenaikan dan menguji paras resistance pada 1.87700 sehingga awal sesi pasaran Asia hari ini dibuka.

Harga yang menguji paras resistance 1.8757 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini mula menunjukkan penurunan harga semula. Jika harga turun lebih rendah, jangkaan penurunan harga akan kembali menguji zon support pada paras terendah yang dicecah semalam.

Namun jika harga berjaya breakout resistance 1.87700, kenaikan harga seterusnya bakal menguji paras ketinggian harga yang dicapai sebelum ini sekitar 1.8862 (MagicR3).

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/AUD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.8651, 1.8591, 1.8546.

Paras resistance: 1.8757, 1.8802, 1.8862.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat