Aussie Naik 90 Pip Sejak Selasa Berbanding US Dolar

45

Matawang Australia dan New Zealand dolar menguat berbanding U.S dolar pada hari ini berikutan U.S dolar yang menyusut disebabkan spekulasi nada kurang hawkish calon pilihan Presiden Trump yang bakal menggantikan Janet Yellen tidak lama lagi.

AUD/USD meningkat 0.26% kepada 0.7855 setelah berada di paras terendah 10 minggu lalu iaitu 0.7784.

Jerome Powell, gabenor Fed dan Kevin Warsh, mantan gabenor merupakan 2 calon yang di temuduga di Rumah Putih, dilihat sebagai calon yang berpontesi untuk mengantikan Pengerusi Fed Janet Yellen pada Februari akan datang.

Dolar menguat pada awal minggu ini berikutan spekulasi bahawa Kevin Warsh adalah calon yang bakal mengantikan Yellen. Namun disebabkan kritikan beliau terhadap pelan pengucupan aset kewangan menyebabkan Powell dinilai lebih dovish berbanding Warsh lantas telah mempengaruhi U.S dolar.

Selain itu, antara faktor lain yang menyokong pengukuhan dolar beberapa minggu lalu adalah jangkaan kadar faedah dinaikkan pada Disember yang semakin meningkat dan harapan pemotongan cukai Amerika Syarikat.

NZD/USD meningkat 0.11% ke paras 0.7168 setakat pukul 3.37 petang selepas mencapai paras terendah sebulan yang lalu di 0.7147.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut sebanyak 0.13% ke paras 93.31 pada jam 03:38 petang setelah mencapai paras tertinggi enam minggu pada 93.78 pada Selasa.

 

Salah satu bank besar dunia mahu selesaikan masalah dagangan Bitcoin

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat