Salah Satu Bank Terbesar Dunia Cuba Selesaikan Masalah Dagangan Bitcoin

82

Goldman Sach dilaporkan sedang cuba untuk mencari jalan bagi membantu pedagang-pedagang Bitcoin dan matawang digital yang lain.

Goldman Sach adalah salah satu bank terbesar dunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Bank yang berpusat di New York ini sedang dalam rundingan bersama pakar cryptocurrency, tetapi formulasi perancangan perniagaan ini masih belum diputuskan oleh Goldman Sach. Formulasi dagangan ini antaranya adalah jadual implementasi dan penciptaan pelaburan yang berkaitan dengan bitcoin.

Antara persoalan penting yang perlu diselesaikan oleh Goldman Sach adalah: bagaimana menetapkan keperluan pelanggan-pelanggan dan bagaimana mahu memahami risiko pergerakan volatile (turun-naik) matawang ini.

“Bagi memberi respon kepada kepentingan pelanggan dalam dagangan matawang digital, kami sedang mencari jalan bagaimana memberi khidmat terbaik kepada mereka,” kata Tiffany Galvin, jurucakap bank yang berpangkalan di New York ini.

Pendekatan Goldman Sach dalam berhadapan dengan pergerakan volatile ( turun-naik) Bitcoin adalah berbeza dengan CEO JPMorgan iaitu Jamie Dimon. Dimon berkata bulan lalu bahawa Bitcoin adalah ‘penipuan’ dan beliau akan memecat pekerjanya yang mendagangkan Bitcoin kerana mereka adalah “bodoh”.

Pendapat daripada CEO Morgan Stanley iaitu James Gorman lebih terbuka dimana beliau berkata Bitcoin lebih kepada tren terkini. Manakala bekas pedagang (trader) di Goldman Sach, Mike Novogratz telah melabur $500 juta ke dalam cryptocurrency.

Berita ini dilaporkan oleh Wallstreet Journal pada Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat