Aussie Sendu, AUD/USD Kembali Uji Paras Support September 2020

236

Meneliti harga pada carta pasangan matawang AUD/USD dilihat terus kecundang sepanjang dagangan November sehingga ke hari ini (Isnin) yang sama sekali telah mencatat junaman 5 minggu berterusan.

Dolar Australia terus dihantui kemurungan setelah terhimpit dek kerana pengukuhan matawang USD di penghujung minggu lalu serta bacaan yang lemah pada ketika terbitan laporan data ekonomi China.

Pengukuhan USD terus diterajui oleh aspek keyakinan dari pelabur yang berpandangan Federal Reserve (Fed) sudah mengambil langkah persediaan dalam melaksanakan pengetatan dasar polisi dengan segera.

Akan tetapi menjadi tumpuan adalah bakal diperhatikan pada mesyuarat polisi bank pusat Australia (RBA) yang dijangka akan pengaruhi pergerakan dolar Aussie sama ada terus suram atau sebaliknya untuk minggu ini.

Junaman berkenaan juga sekali gus turut menyangkal prestasi cemerlang yang ingin dipeterjemahkan sebelum ini untuk kembali mencecah zon sokongan paling kukuh sejak September 2020 pada 0.70000.

Pergerakan harga tampaknya telah alami junaman hampir 100 pips di penutup dagangan minggu lalu dan kekal bearish selepas harga masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50).

Sekiranya harga pada zon sokongan 0.70000 berupaya untuk kembali menyokong kenaikan, zon SBR (support become resistance) 0.71000 sudah semestinya akan menjadi hala tuju pertama untuk dicapai.

Kenaikan mencapai zon SBR tersebut secara tidak langsung bakal mula memberi isyarat awal kepada perubahan trend bullish yang diperhatikan akan menguji semula ke zon SBR berikutnya pada 0.72000.

Namun andai kata pergerakan harga terus ditekan untuk meneruskan trend penurunan, zon sokongan terbaharu yang disasarkan sekitar 0.69000 berkebarangkalian akan menjadi tumpuan baharu pelabur.

Seperkara lagi zon itu juga merupakan zon sokongan utama yang dianggap sebagai benteng paling kebal untuk diatasi pada Ogos 2015 sehingga awal 2016.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat