Australia dan Hong Kong Memulakan Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas

31

Menteri Perdagangan Australia, Steven Ciobo berkata pada Selasa bahawa Australia dan Hong Kong telah memulakan perbincangan untuk menjamin perjanjian perdagangan bebas yang akan memberi tumpuan kepada isu peningkatan akses bagi membekalkan perkhidmatan dalam tempoh setahun.

Ciobo telah bertemu dengan Setiausaha Perniagaan dan Pembangunan Hong Kong iaitu Gregory So berhubungan dengan isu tersebut. Walaupun tarif ke atas barangan Australia telah diletakkan pada tahap sifar, pertemuan ini penting bagi meningkatkan akses khususnya bagi sektor kewangan, pendidikan, pelancongan, pembinaan, perlombongan, tenaga dan pengangkutan.

Menurut beliau lagi, rundingan secara komprehensif ini cuba dijalankan dalam tempoh 12 bulan.

Hong Kong merupakan pasaran eksport kelapan terbesar buat Australia dan rakan dagangan ke-12 terbesar bagi keseluruhan tahun 2015 hingga 2016. Perdagangan dua hala bagi barangan dan perkhidmatan yang melibatkan kedua-dua negara ini bernilai kira-kira A$15.3 Billion ($11.4 Billion).

Ciobo juga berkata bahawa perjanjian perdagangan bebas ini memberi tumpuan kepada akses perkhidmatan yang kurang disalurkan kepada Hong Kong sebelum ini.

Ulasan Ini Bakal Membantu Semua Trader Gold Sebelum Entry!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat