Ulasan Ini Bakal Membantu Semua Trader Gold Sebelum Entry!

58

Emas melonjak dalam sesi Asia pada Selasa namun harga tembaga dilapor sedikit tergelincir disebabkan oleh kejatuhan permintaan gara-gara kelembapan yang agak ketara terhadap laporan pengeluaran industri di China.

Emas bagi penghantaran Jun di bahagian Comex meningkat sebanyak 0.35 peratus kepada $1,234.34 satu troy ounce manakala copper futures menjunam sebanyak 0.43 peratus kepada $2,528 sepound. Pada Isnin, China melaporkan pengeluaran industri meningkat sebanyak 6.5 peratus di bawah jangkaan peningkatan sebanyak 7.5 peratus.

Semalam, harga emas diniagakan lebih tinggi pada Isnin kerana kelemahan data pembuatan AS yang menjejaskan momentum US Dollar. Dalam masa yang sama, kebimbangan mengenai isu geopolitik terhadap Korea Utara kembali mempengaruhi sentimen.

Semalam, data pembuatan di New York menunjukkan junaman buat kali pertama dalam tempoh tujuh bulan pada Mei.

Fed New York berkata bahawa indeks pembuatan Empire State jatuh daripada 5.2 pada bulan April.

Emas merupakan logam yang agak sensitif terhadap pergerakan kadar kerana sebarang perubahan bakal mengubah kos untuk memiliki logam berharga.

Harga Minyak Mentah Masih Mendapat Sokongan Dalam Sesi Dagangan Pagi Ini!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat