Australia Gesa China Untuk Tamatkan Sekatan Perdagangan

234

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menggesa China untuk menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas beberapa barangan import negara itu, termasuk arang batu.

Dalam satu wawancara di Sky News pada hari Ahad, Albanese memberitahu bahawa tiada justifikasi untuk sekatan ini ke atas produk Australia dan semuanya perlu ditarik balik.

Ujar beliau lagi, ini adalah demi kepentingan China dan Australia untuk menarik balik semua sekatan tersebut.

Albanese berkata beliau mahu bekerjasama dengan Beijing di mana mereka sebenarnya boleh melakukannya.

Ini bukanlah pertama kali, perdana menteri baharu Australia itu mengatakan gesaannya apatah lagi sebelum ini juga terdapat laporan mengenai China sedang mempertimbangkan untuk menamatkan sekatan arang batu dari negara itu.

Perang Rusia di Ukraine telah mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan komoditi dunia dan mendorong harga melonjak tinggi.

China yang pernah menjadi pengguna utama arang batu Australia telah melaksanakan larangan tidak rasmi pada akhir 2020 ketika ketegangan antara Canberra dan Beijing semakin memuncak.

Sekatan turut dikenakan ke atas beberapa produk Australia yang lain, termasuk udang galah, wain dan daging lembu.

Sekiranya larangan ke atas Australia ditarik semula, ia boleh memberi peluang untuk dolar Aussie mendapatkan keuntungan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat