Australia Isytihar Darurat – Dolar Aussie Tersungkur Lagi!

1,403

Matawang Asia dijangka terus menyusut lebih rendah selepas dagangan dolar Aussie dan New Zealand mencecah paras bawah 0.60 berbanding US dolar berikutan jangkaan bank pusat untuk melaksanakan program ‘quantitative easing’ atau pelonggaran kuantitatif (QE) semakin meningkat.

Dolar Aussie menjunam ke paras terendah sejak 2003 dan diniagakan di sekitar paras harga 0.5900 berbanding US dolar.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison hari ini mengisytiharkan darurat dan menghalang pergerakan rakyat daripada keluar daripada negara itu dengan melaksanakan perintah kuarantin dan sekatan di bandar atau wilayah.

Ucapan Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe pada hari esok, kini menjadi tumpuan utama pasaran dengan jangkaan bahawa bank pusat itu akan mengumumkan pelaksanaan QE dalam polisi monetarinya.

Lowe sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa polisi monetari tidak konvensional pilihan utama kepada RBA, namun disebabkan penularan wabak COVID-19 yang semakin meluas bank pusat itu mungkin melaksanakannya untuk terus menyokong ekonomi Australia.

Sementara itu, dolar kiwi juga menyusut ke paras terendah sejak 2009 untuk didagangkan di sekitar paras harga 0.5800 berbanding USD.

Ketika ekonomi global terus diancam kemelesetan disebabkan oleh wabak pandemic coronavirus, kedua-dua matawang utama itu telah jatuh lebih 10% tahun ini berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat