Australia Terjerumus Ke Lembah Kemelesetan Pertama Dalam 30 Tahun

576

Australia jatuh ke dalam kemelesetan pertama dalam tempoh hampir 30 tahun setelah mengalami penguncupan pada suku kedua 2020. Ini merupakan penguncupan kedua berturut-turut untuk tahun ini dan terbesar sejak rekod bermula pada 1959.

Biro Statistik Australia (ABS) melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Australia menguncup sebanyak 7% dalam tempoh tiga bulan sehingga Jun, menyusuli penguncupan 0.3% pada suku pertama.

Penguncupan ini juga tanpa dijangka adalah lebih besar daripada yang diramalkan untuk kejatuhan 6%. Dari tahun sebelumnya, ia jatuh 6.3% berbanding anggaran penurunan 5.1%.

Lebih daripada satu juga orang telah kehilangan pekerjaan sejak Mac ketika Australia menutup kesemua sektor ekonomi, menyebabkan permintaan dan pelaburan sektor swasta juga terjejas.

Pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan dan bank pusat untuk membantu menyokong ekonomi daripada kesan pandemik, termasuk program rangsangan untuk melindungi pekerjaan dan memotong kadar faedah ke tahap terendah.

Bagaimanapun, pemulihan yang diharapkan pada suku kedua setelah sekatan dan ekonomi dibuka semula malangnya tidak kesampaian setelah negara itu sekali lagi dilanda wabak pandemik coronavirus sehingga menyebabkan negeri kedua terbesar di Australia ditutup selama 2 bulan.

Menurut ketua ABS, ekonomi pada suku kedua menyaksikan pengurangan yang signifikan dalam perbelanjaan terhadap perkhidmatan disebabkan perubahan tingkah laku isi rumah dan sekatan yang diletakkan bagi membendung penularan Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat