Avalanche (AVAX) Kontrak Pintar Yang Pernah Memecahkan Rekod Dunia!

247

Avalanche berperanan sebagai open-source untuk melancarkan aplikasi yang tidak berpusat (DeFi), aset kewangan, perdagangan dan perkhidmatan lain.

Avalanche bertujuan untuk menjadi sesuatu pertukaran aset global, membolehkan sesiapa sahaja melancarkan dan berdagang apa-apa bentuk aset dan mengawalnya dengan cara yang tidak berpusat menggunakan kontrak pintar dan teknologi canggih yang lain.

Mainnet Avalanche dilancarkan pada September 2020 oleh tiga pengasas bersama iaitu Emin Gun Sirer, Kevin Sekniqi dan Maofan “Ted” Yin.

Menariknya, Avalanche adalah platform kontrak pintar pertama yang mengesahkan transaksi dalam masa satu saat, menyokong keseluruhan pembangunan toolkit Ethereum dan membolehkan berjuta-juta validators (pengesah) bebas untuk mengambil bahagian sebagai pengeluar full block. Testnet itu mempunyai lebih daripada 1,000 block-producing nodes dan memecahkan rekod dunia.

Sementara itu, teliti carta pergerakan semasa harga AVAX/USDT.

Sejak pembukaan pasaran bermula Januari 2021, Avax mempamerkan kenaikan yang cemerlang menghasilkan hampir 1,900% kenaikan dalam tempoh 2 bulan sehingga membuat paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $59.94 pada 10 Februari 2021.

Kenaikan tersebut mendapat impak setelah gabungan Avalanche-Ethereum yang membolehkan pengguna DeFi untuk mendapatkan keuntungan dengan aset yang sama di kedua-dua ekosistem pada Februari yang lalu dan telah menarik perhatian pelabur.

Bagi pandangan sudut teknikal, Pergerakan harga kini sedang menyaksikan trend bearish dan telah menembusi zon support sekitar $14.

Menurut ramalan penganalisa kripto, pergerakan tersebut amatlah berisiko jika Avax menembusi paras terendah sekitar $12, dijangkakan penurunan yang lebih rendah bakal berlaku dan akan menuju keparas terendah sepanjang masa (ATL) yang pernah di catatkan sebelum ini.

Namun, jika pergerakan harga kembali mempamerkan corak kenaikan, paras sokongan sekitar $15 perlu ditembusi terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi dan menuju ke zon SBR (support become resistance) sekitar $22.50.

Ketika penulisan, Avax didagangkan pada $12 dengan nilai pasaran lebih 2.1 bilion dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-47 pada carta kripto.

Lihat gambar carta harga AVAX/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat