Awas! GBP/USD Beri Petunjuk Awal Situasi Kejatuhan Harga

721

Mata wang Pound juga gagal mengekang kejatuhan harga pada carta pasangan GBP/USD dengan pengukuhan yang dipamerkan US dolar menuju penghujung minggu.

Bacaan data-data ekonomi yang memberangsangkan di Amerika Syarikat (AS) meningkatkan keyakinan pelabur semula terhadap pemulihan ekonomi terbesar dunia itu.

Sementara pengukuhan Pound juga mula suram berikutan laporan kemunculan varian baru virus Covid-19 yang berisiko merencatkan rancangan pembukaan semula ekonomi UK sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

Susulan itu dapat diperhatikan corak penurunan harga mula dipaparkan pada carta pasangan GBP/USD semula setelah mencapai paras tertinggi terbaru 3 tahun pada minggu ini.

Pada dagangan semalam, kenaikan harga berjaya menyentuh paras rintangan 1.42000 sebelum pelabur menyaksikan harga menjunam sehingga penghujung sesi New York menguji semula zon support harga pada 1.41000.

Sama seperti situasi 2 minggu sebelum ini, zon tersebut berjaya menahan kejatuhan harga ke paras lebih rendah. Harga bergerak perlahan sekitar itu bersambung pada sesi Asia pagi Jumaat.

Pelabur bersedia untuk penurunan lebih lanjut harga selepas isyarat perubahan trend bearish hargga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Penurunan lebih rendah bakal dijangkakan menuju paras sokongan pada 1.4000 yang berada di zon RBS (resistance become support).

Penurunan mencecah ke zon tersebut merupakan paras terendah harga bagi tempoh dagangan 3 minggu.

Namun, jika harga berjaya menyambung semula kenaikan sebelum ini, zon rintangan 1.42000 akan kembali diuji sebelum harga meneruskan trend bullish.

Untuk kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut, paras sasaran ketinggian terbaru adalah pada sekitar rintangan 1.43000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat