Aussie melemah pada sesi Asia selepasa data gaji Australia diumumkan. Ucapan daripada Pengerusi Fed, Janet Yellen juga menjadi tumpuan pasaran pada minggu ini.
AUD/USD merosot 0.16%, sementara USD/JPY juga menjunam 0.23%.
Di Australia, data gaji suku ketiga meningkat sebanyak 0.4%, dibawah peningkatan yang dijangka.
Dalam masa yang sama, US Dollar Index yang melawan enam matawang utama kali terakhir dinilai pada 100.20.
Beberapa data AS yang positif juga meningkatkan jangkaan kenaikan kadar oleh Fed sebelum penghujung tahun ini.
Jabatan Perdagangan AS melaporkan bahawa jualan runcit meningkat pada bulan Oktober. Jualan runcit teras tidak termasuk jualan kereta juga meneruskan lonjakan dalam data yang dikeluarkan.
Selain itu, US Dollar terus didagang stabil kerana disokong oleh kekuatan dasar Trump yang dijangka akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan inflasi.
Nasib TPPA Yang Pernah Mengundang Kontroversi di Malaysia Sebelum Ini Masih Lagi Jadi Tanda Tanya!