Nasib TPPA Masih Lagi Jadi Tanda Tanya!

47

Malaysia sedang menumpukan usaha untuk mengakhiri perjanjian perdagangan diketuai oleh China dalam Perjanjian Trans-Pasifik (TPPA) yang diterajui oleh Amerika Syarikat.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas usaha untuk mendapatkan kelulusan kongres tergantung apabila Obama meninggalkan kerusi Presiden AS. Proses kelulusan bagi perjanjian TPPA ini akan sepenuhnya bergantung kepada Trump dan penggubal undang-undang dibawah pentadbirannya.

Menteri Perdagangan Malaysia, Mustapa Mohamed berkata Malaysia juga dalam usaha untuk mendapatkan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang akan menggabungkan 10 anggota Negara-Negara di Asia Tenggara (ASEAN).

Hal ini berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu menguatkan lagi keazaman kerajaan untuk mematerai perjanjian RCEP itu dengan negara yang pesat berkembang di mata dunia, terutamanya China.

Sebelum ini, dalam kempen Trump, beliau beberapa kali mengutarakan akan memansuhkan TPPA. Menurut Mustapa lagi, TPPA hanya boleh diteruskan jika Amerika Syarikat bersetuju. Perjanjian itu juga dianggap sah jika sekurang-kurangnya enam negara membentuk sekurang-kurangnya 85 peratus KDNK daripada 12 negara secara keseluruhannya.

Sebelum ini, TPP ditandatangani bagi mengurangkan halangan perdagangan ekonomi Asia terutamanya terhadap sekutu kuat China.

Gambaran terhadap TPP akan dapat diketahui dengan lebih jelas di Persidangan APEC di Lima, iaitu ibu negara bagi Peru.

Berita Ini Bakal Memberi Kelegaan Kepada Semua Trader Emas

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat