Bacaan Inflasi Semakin Mengkhuatirkan, Adakah ECB Akan Tingkatkan Pembelian Bon?

173

Goldman Sachs Group Inc (NYSE: GS) pada hari ini mengeluarkan ramalan bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) dijangka akan meningkatkan program pembelian bon Covid-19 sebanyak 400 bilion euro ($ 470 bilion) pada bulan Disember, setelah bacaan inflasi zon Eropah semakin lemah.

ECB berkemungkinan akan melanjutkan pembelian aset kecemasan yang dikenali sebagai PEPP yang bertempoh sehingga akhir tahun 2021 sebagaimana yang di katakan oleh para penganalisis di bank Amerika pada hari Isnin. Lanjut mereka, pelaburan semula aset matang di bawah rancangan tersebut akan berterusan sehingga akhir tahun 2023 dan dijangka bank pusat juga mempunyai kemungkinan untuk mensasarkan pembelian bon yang mempunyai hasil tinggi.

Penganalisis Goldman berpendapat bahawa penambahan jumlah dalam PEPP cenderung lebih berkesan dalam mendorong pemulihan ekonomi di kawasan Eropah dibandingkan daripada penurunan kadar faedah atau pengembangan program pembelian aset biasa.

Spekulasi peningkatan pelonggaran monetari adalah disebabkan peningkatan kadar jangkitan Covid-19 baru-baru ini di Sepanyol dan Perancis sehingga penurunan inflasi teras kawasan Eropah jatuh sehingga 0.2% pada bulan September.

Matawang Euro terus mencatat pengukuhan berbanding US dolar dengan pengukuhan sebanyak 0.60% pada paras 1.1786 setakat jam 10.30 p.m

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat