Bacaan NFP Yang Mengganas Melebihi Jangkaan Buatkan Pasaran Berbelah-bahagi! Apa Yang Telah Berlaku?

1,362

Pertumbuhan pekerjaan di A.S. tanpa disangka catat bacaan yang melebihi jangkaan pada bulan Januari, data yang terbaru ini membuatkan pasaran sedikit dilema.

Jabatan Buruh memaklumkan bahawa bacaan NFP meningkat sebanyak 517,000 hingga pertengahan bulan, secara tiba-tiba menyekat trend empat bulan untuk memperlahankan perolehan pekerjaan. Penganalisis malah menjangkakan pertumbuhan sebanyak 187,000, yang bakal merupakan pertumbuhan pekerjaan paling perlahan dalam hampir dua tahun.

Data Disember juga disemak untuk menunjukkan keuntungan sebanyak 260,000 pekerjaan, berbanding 223,000 yang dilaporkan pada asalnya.

Indeks US dolar melonjak tinggi berbanding enam matawang utama iaitu sebanyak +0.75% kepada 102.340 selepas laporan NFP dikeluarkan. Manakala pasaran niaga hadapan saham jatuh kerana peniaga terpaksa menilai semula pertaruhan bahawa kelembapan ekonomi akan memaksa Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar faedah akhir tahun ini.

Data itu menggariskan pasaran buruh yang ketat. Fed telah cuba menyejukkan ekonomi melalui langkah dasar monetari, termasuk kenaikan kadar faedah. Pada akhir mesyuarat terbaharunya pada hari Rabu, bank pusat itu menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas, tetapi juga berkata ia mula melihat sedikit kelembapan inflasi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat