Bagai Helang Memburu Mangsa, Quant (QNT) Terbang Melayang Tinggi!

247

Interoperabiliti antara rangkaian blockchain muncul sebagai salah satu konsep terpenting dalam ekosistem matawang digital kerana pengguna mencari cara paling efektif untuk memindahkan nilai ke seluruh ekosistem.

Satu protokol berfokus interoperabiliti yang telah meroket harganya ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) iaitu Quant (QNT), sebuah projek yang dirancang untuk membantu perusahaan mengintegrasikan dan mengoperasikan ‘distributed ledger technology’ (DLT).

Melihat dengan lebih jelas, Quant telah menghasilkan 117% lonjakan mencecah ATH terbaru $387 pada sesi dagangan bulan September.

Beberapa sebab yang telah mendorong lonjakan Quant, salah satunya adalah pelancaran Overledger 2.0.5 pada 7 September lalu.

Seterusnya, teliti kepada carta pergerakan semasa harga QNT/USDT.

Sewaktu artikel analisa QNT dikeluarkan pada hujung bulan Julai, Quant didagangkan pada harga sekitar $126, secara konsistennya, Quant telah menghasilkan 200% lonjakan sehingga mencapai ATH terbaru.

Pandangan sudut teknikal, Quant kini dilihat sedang berlegar-legar di atas paras RBS (resistance become support) $300 samada membuat correction atau bakal meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya Quant menunjukkan corak kenaikan, paras resistance $350 bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Sebaliknya, jika Quant menunjukkan corak penurunan, paras RBS $300 bakal menjadi sasaran untuk diuji kembali sebelum membuat penurunan yang lebih rendah.

Ketika penulisan, Quant didagangkan sekitar harga $316 melonjak lebih 2% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di carta ke-45 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto QNT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat