Quant (QNT) Mengatasi Beberapa Matawang Digital, Catatkan ATH Terbaru!

360

Quant bertujuan untuk menjadi blockchain OS pertama yang boleh dijalin, sejak kebelakangan ini, Quant telah memepamerkan satu reputasi yang baik dalam pasaran.

Pandangan perspektif, Quant mempamerkan pergerakan harga secara drastik semasa sesi dagangan semalam menghasilkan 50% lonjakan, sekaligus mencatatkan ATH terbaru.

Impak lonjakan harga tersebut telah dipengaruhi selepas Binance memgumumkan penyenaraian Quant pada semalam.

Minggu lalu, Quant telah melancarkan sebuah aplikasi demo untuk Overledger 2.0.

Pelancaran aplikasi tersebut telah menarik perhatian para pelabur dan berkemungkinan telah mempengaruhi harga Quant bergerak secara positif.

Selanjutnya, teliti kepada carta pergerakan semasa harga QNT/USDT.

Sewaktu artikel analisa QNT dikeluarkan beberapa minggu lalu, Quant didagangkan pada harga sekitar $75.

Secara konsistennya, Quant telah menghasilkan 160% lonjakan bermula sesi dagangan minggu lalu sehingga semalam dengan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai harga $147.

Pandangan sudut teknikal, Quant kini dilihat bergerak secara lemah dan pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $125.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya Quant kekal menunjukkan corak penurunan, zon RBS sekitar $125 tersebut bakal diuji terlebih dahulu samada membuat rebound atau meneruskan penurunan yang lebih rendah.

Sebaliknya, jika Quant kembali menunjukkan corak kenaikan, zon Resistance sekitar $140 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji kembali sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi atau mencatatkan ATH terbaru.

Ketika penulisan, Quant didagangkan sekitar harga $126 melonjak lebih 3% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di carta ke-59 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto QNT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat