Bagaimana LOCK PROFIT & Mengelak Daripada Kerugian Semasa Trading

5,349

Ramai yang trade profit tetapi tidak melindungi keuntungan mereka daripada bertukar menjadi kerugian semula. Jika anda seorang newbie, artikel ini sesuai untuk pembacaan anda kerana ramai trader dalam fasa awal tidak menyedari tentang perkara ini iaitu LOCK PROFIT.

Di sini kami akan memberikan anda tips untuk lock profit khususnya bagaimana dan apa yang perlu dilakukan secara teknikal untuk melindungi keuntungan itu. Pernah tak anda membuka posisi buy atau sell seterusnya anda floating profit. Namun, selepas beberapa ketika posisi tersebut terkena Stoploss, haha..memang sakit hati.

Ini sebenarnya boleh menyebabkan kita beremosi. “Kenapa lah aku tak tutup jer tadi! Kalau aku tutup posisi mesti dah profit.”

Bagi yang tiada masa untuk monitor chart sudah pasti terkena denagn Stoploss. Sebenarnya ini adalah perkara biasa dalam trading kerana ada ketika kita dah profit dan selepas beberapa ketika ia jadi floating LOSS. Itu adalah perkara biasa. Apa yang penting adalah anda perlu memilih Risk Reward yang terbaik contohnya 1:3. Untuk Risk Reward seperti ini anda boleh rujuk dalam artikel ini. Klik Sini.

JADI BAGAIMANA NAK LOCK PROFIT?

Sebagai contoh anda BUY USD/JPY dengan meletakkan SL -30 pip. Selepas beberapa ketika anda telah floating profit sebanyak 70pip. Anda boleh mengubah paras stoploss anda menjadi breakeven atau stoploss profit mengikut strategi anda. Anda boleh saja meletakkan SL pada paras profit 10 pip atau 20 pip. Bermaksud jika USD/JPY yang anda buy itu melemah semula sehingga terkena SL, anda masih profit 10 atau 20 pip.

MENGAPA PERLU LOCK PROFIT?

Ini adalah salah satu cara untuk mengawal emosi ketika trade dengan membuat lock profit. Hal ini dapat mengurangkan tekanan kepada trader ketika posisi sedang floating profit. Jika harga patah balik anda tidak perlu risau kerana sudah LOCK PROFIT.

Goodluck kepada anda semua!

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL KLIK SINI.<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat