Bagaimana Polisi Fiskal Menggerakkan Nilai Matawang? Forex Trader Perlu Tahu!

1,444

Ramai trader tertanya-tanya, apa itu Polisi Fiskal? Apakah kesan kepada turun naik nilai matawang? Polisi fiskal merupakan salah satu polisi ekonomi yang menjadi inisiatif kerajaan untuk mengawal kadar perbelanjaan dan cukai yang mempengaruhi ekonomi. Apabila ia dikaitkan dengan ekonomi, sudah tentu ia bakal berikan kesan kepada matawang.

Polisi ini sama seperti polisi monetari yang bertujuan untuk mencapai pelbagai matlamat ekonomi. Polisi fiskal bakal memberikan kesan kepada kenaikan dan penurunan nilai matawang sesebuah negara.

Polisi ini pada asalnya mula dikenali pada 1930 dan disokong oleh seorang ahli ekonomi British, John Maynard Keynes. Beliau turut berpendapat bahawa jika sesebuah negara sedang berhadapan dengan kemelesetan, lambakan wang pada tangan pengguna boleh mendorong kepada pertumbuhan ekonomi.

Persoalannya, bagaimana polisi fiskal menggerakkan nilai matawang?

Kesan polisi fiskal kepada matawang adalah bergantung kepada keadaan ekonomi. Setiap negara memiliki status ekonomi yang sentiasa berubah, jadi amat sukar untuk menentukan dengan tepat kesan polisi tersebut terhadap kadar pertukaran.

Sebagai contoh, kerajaan mempunyai belanjawan yang defisit disebabkan oleh polisi pengembangan (expansionary). Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu bekerjasama dengan bank negara untuk mencetak wang baru bagi mengatasi isu tersebut. (atau juga dikenali sebagai Quantitive Easing)

Wang yang baru dicetak boleh digunakan oleh kerajan untuk membangunkan ekonomi mereka. Jika terdapat pencetakan wang besar-besaran, ia bakal meningkatkan bekalan matawang dalam sesebuah negara sekaligus menurunkan nilai matawang tersebut dan menyebabkan kenaikan inflasi.

Tetapi jika kerajaan menaikkan cukai dalam sesebuah negara, bekalan matawang akan berkurangan (rakyat perlu bayar cukai dan kurang duit ditangan) dan akan menyebabkan kesan kenaikan kepada nilai matawang.

Beri perhatian kepada ucapan-ucapan bank pusat dan ketua negara untuk fahami lebih lanjut jika ada pengumuman tentang polisi fiskal. Kerana jika terdapat pengumuman “cetakan duit” oleh kerajaan sesebuah negara, dengan skill forex trading anda, mungkin anda juga berpeluang mencetak duit bersama-sama masuk ke poket anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat