Bagaimana Pula Kesan Isu Perjanjian Perdagangan Terhadap Dagangan Komoditi?

272

Harga minyak mentah jatuh pada sesi Asia dipengaruhi oleh ketidakpastian perjanjian perdagangan AS dan China selain turut terkesan oleh kekhuatiran mengenai bekalan minyak yang berlebihan dalam pasaran.

Berikutan itu, minyak mentah diniagakan di bawah tekanan dengan penyusutan dalam niaga hadapan minyak mentah Brent sebanyak 1.13% kepada $61.90 manakala WTI Amerika Syarikat sebanyak 1.27% kepada $56.63.

Menjelang mesyuarat Persidangan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada Disember ini yang akan diadakan di Vienna, OPEC+ dijangka tidak akan meningkatkan kadar pengurangan dalam pengeluaran minyak mentah.

Selain itu, dagangan minyak mentah turut terkesan dengan perkembangan terbaru perdagangan di mana Presiden AS Donald Trump telah memberi kenyataan beliau bahawa tiada pembatalan tarif sedia ada telah diputuskan dalam perjanjian seperti yang diperkatakan oleh Kementerian Perdagangan China pada Khamis lepas.

Pertikaian dagangan antara dua ekonomi terbesar dunia telah memperlahankan pertumbuhan global dan mendorong para penganalisis untuk merendahkan unjuran terhadap permintaan minyak sehingga meningkatkan kebimbangan terhadap bekalan minyak semakin tinggi pada 2020.

Berikutan daripada itu, dagangan emas mempamerkan peningkatan sebanyak 0.22% kepada 1.463.00 di samping pasaran pada sesi Asia turut terkesan oleh ketegangan demonstrasi di Hong Kong yang semakin meningkat.

Rusuhan politik yang berterusan di Hong Kong semakin memburuk apabila dua penunjuk perasaan ditembak oleh pihak polis sehingga telah membangkitkan kemarahan para penunjuk perasaan yang ia dilihat sebagai suatu kekejaman oleh polis.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat