Bakal Rembat Gol Di Metaverse, OKX Jalin Kerjasama Dengan Kelab Manchester City!

156

“Wow, mesti peminat The Sky Blues tak sabar kan nak join metaverse ni.”

Syarikat exchanger mata wang kripto, OKX memeterai perjanjian bersama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Manchester City dalam melancarkan “OKX Collective” yang membenarkan para peminat rasai pelbagai pengalaman metaverse secara eksklusif.

Peminat bukan sahaja dapat mengakses pengalaman mahupun ganjaran daripada beberapa pemain Manchester City seperti Jack Grealish, Ruben Dias, Ilkay Gündoğan, dan Alex Greenwood melalui OKX Collective.

Malah mereka akan diberi pengalaman istimewa mengikut minat peribadi masing-masing dan mendalami dunia non-fungible token (NFT).

Menurun kapten Manchester City Gundogan, beliau sungguh teruja dengan kerjasama ini susulan mereka dapat mengeratkan lagi hubungan bersama peminatnya melalui metaverse.

Pada tahun lepas, OKX telah menjadi rakan kongsi kelab Manchester City namun kini berperanan sebagai penaja rasmi pakaian seragam latihan pasukan lelaki dan wanita.

Rentetan itu, Manchester City secara aktif mempromosikan syarikat tersebut dalam talian, di stadium dan pada hari perlawanan mereka sebagai sebahagian daripada usahanya untuk OKX yang tetap setia dengan kelab itu.

Suka dimaklumkan bahawa OKX adalah platform perdagangan kripto paling pantas dan boleh dipercayai untuk pelabur mengaplikasinya, di mana syarikat mereka kini sedang berada dalam proses memperkembangkan lagi Web3.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat