Baki Akaun Semua Kosong, Pengguna Coinbase Melopong Ketika BTC Tembus $60K!

1,562

“Pergh kesian pengguna tak dapat take profit bila BTC naik, nasib baik bukan semua bursa ada masalah.”

Biarpun harga mata wang kripto Bitcoin (BTC) melepasi $63,000, gangguan ditimpa Coinbase menyebabkan sesetengah pengguna melihat baki sifar dalam akaunnya sehingga mereka tidak dapat berdagang pada hari Rabu semalam.

Namun, kemas kini status website Coinbase berkata aset digital pelanggan berada dalam keadaan selamat tetapi mereka tetap menyedari sesetengah pengguna mungkin bukan sahaja mengalami baki sifar dalam akaunnya malah sukar untuk beli atau jual.

Menurut Brian Armstrong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coinbase berpendapat harga BTC yang mencanak ke paras tertinggi sejak November 2021 telah menimbulkan kenaikan trafik sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan.

Tambahnya lagi, beliau mula melihat sedikit peningkatan dalam pelanggan tetapi isu berkenaan perkara tersebut masih berterusan disebabkan trafik yang tinggi dan ia adalah lebih besar berbanding sebelum ini.

Terdapat penurunan mendadak dalam harga BTC dalam beberapa minat sebelum Coinbase membuat siaran mengenai gangguan tersebut.

Pada awal hari ini pula, terdapat satu lagi gangguan perkhidmatan yang melibatkan transaksi tertunda untuk beberapa pengguna Coinbase yang berdagang di rangkaian Ethereum (ETH), bagaimanapun isu itu berjaya diselesaikan baru-baru ini.

Umum mengetahui saham Coinbase memperoleh beberapa keuntungan awalnya, di mana harganya yang naik 0.79% telah berdagang di bawah $200 manakala BTC pula melepasi $64,000 sebelum jatuh semula di bawah $60,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat