Black Monday – USD/JPY Terjun 300 Pips Ke Paras Terendah Sejak 2016!

561

Black Monday. Fenomena “flash crash” seperti awal Januari tahun lalu kembali terjadi dengan pergerakan drastik dipamerkan pada carta harga bagi pasangan matawang utama.

Meksipun ekonomi semasa di Jepun turut terjejas ekoran penularan wabak Coronavirus, namun matawang Yen sebagai safe-haven berjaya mencatatkan pengukuhan pada sesi Asia hari ini berbanding US dolar.

Dagangan USD/JPY mencatatkan penurunan ke paras terendah terbaru sejak September 2016 selepas harga dibuka lebih rendah pada permulaan dagangan minggu ini sekitar 104.500.

Seperti penurunan drastik oleh dagangan Aussie dan Kiwi, Yen berjaya menekan harga pada carta USD/JPY dengan terjunan harga hampir 300 pips ke paras terendah terbaru.

Kebimbangan pelabur semakin meningkat akibat risiko penularan COVID-19 semakin buruk ditambah lagi krisis perang harga minyak mentah yang dicetuskan oleh Arab Saudi sebagai tanda protes di atas kegagalan rundingan OPEC bersama rakan sekutunya Rusia.

Sentimen berisiko pasaran bakal melihatkan harga pada carta USD/JPY menjunam hampir mencecah paras 101.500 sebelum kembali pantul semula sekitar 100 pips dan bergerak perlahan semula.

Harga yang dijangkan meneruskan penurunan lebih rendah berkemungkinan mampu mencecah sehingga ke bawah paras harga 100.00.

Namun jika kenaikan harga dipamerkan, paras 104.800 yang menjadi zon SBR (support become resistance) akan kembali diuji sebelum harga menyambung semula penurunan atau memberikan isyarat kenaikan harga ke paras lebih tinggi.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat