Bandar Ini Mahu Gaji Penduduknya Dibayar Dalam Bitcoin!

1,945

Dimaklumkan penduduk Miami yang bekerja berpeluang memilih untuk dibayar gaji dalam Bitcoin (BTC) selain daripada USD.

Menurut Datuk Bandar Francis Suarez, usaha itu bertujuan untuk meluaskan lagi penggunaan Bitcoin, menjadikan bandar itu sebagai ‘mesra Bitcoin ketika populariti raja kripto sedang meningkat dalam kalangan penduduk Miami.

Pengasas bersama Gemini, Tyler Winklevoss memuji datuk bandar kerana mengetuai kerajaan dan Bitcoin dalam langkah tersebut. Manakala CEO Twitter, Jack Dorsey melihat keputusan itu sebagai keputusan yang bijak menerusi kicau semula di laman Twitter pada hari ini.

Antara cadangan lain termasuklah yuran dan cukai tempatan dibayar dalam BTC serta melabur sebahagian daripada simpanan bandar ke dalam Bitcoin, sama seperti Microstrategy.

Suarez juga telah mendapatkan sokongan daripada daerah dan wilayah lain, termasuk Caitlin Long di Wyoming dan Ketua Pegawai Kewangan Florida, Jimmy Patronis untuk membantu perubahan bandar ke arah mesra Bitcoin di bawah perundangan Florida.

Jika dapat direalisasikan usaha ini, Miami akan menjadi negeri pertama AS yang berjaya tawarkan gaji dalam Bitcoin. Seramai 450,000 penduduk Miami akan terlibat dalam era baharu menjadikan transaksi Bitcoin berkala sekaligus meluaskan penggunaannya kepada 21.5 juta rakyat Florida.

Usaha ini secara tidak langsung akan menarik lebih banyak syarikat teknologi dan sebarang acara yang berkait rapat dengan blockchain.

Selain Miami, penyedia perkhidmatan perisian,Sequoia Holdings sudah mula menawarkan pekerjanya untuk menyalurkan sebahagian gaji mereka untuk dilaburkan ke dalam tiga pilihan matawang kripto; BTC, Bitcoin Cash (BCH) atau Ether (ETH).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat