Bank Digital Revolut Melangkah Besar Ke Dalam Pasaran Kripto

130

Revolut, bank digital Eropah (neobank) baru-baru ini  telah menunjukkan minat yang besar terhadap mata wang kripto. Pendekatan yang diambil menunjukkan kegigihan Revolut dalam usaha memberikan pelanggannya pendedahan kepada aset digital.

Kini, Revolut mendapat kebenaran yang akan membantu merealisasikan impiannya memperkembangkan mata wang kripto.

Menurut laporan terkini, Revolut memperoleh lesen kebenaran untuk menawarkan mata wang kripto kepada pelanggannya di European Economic Area berjumlah 17 juta.

Ini telah menjadikan Revolut sebagai institusi pertama yang dianugerahkan lesen Penyelia Perkhidmatan Aset Kripto (CASP) oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (CSEC).

Tambahan pula, peluang cerah ini dapat membantu merealisasikan rancangan bank digital untuk membangunkan hab kripto di pusat Eropah. Secara khususnya, pendekatan kripto Cyprus mempengaruhi keputusan Revolut untuk mendapatkan lesen operasi daripada CSEC.

Pemerolehan lesen CASP hanyalah satu langkah ke arah matlamat utama Revolut dalam menyediakan mata wang kripto kepada pelanggannya.

Setelah bank menjangkakan Markets in Crypto Assets (MiCA) menjadi undang-undang, Revelot berusaha menerima pelepasan kawal selia Eropah supaya dapat berkhidmat kepada gabungan negara apabila MiCA ditubuhkan.

Sehubungan itu, Revolut telah meminta pelepasan kawal selia mata wang kripto dari UK, akan tetapi usahanya tidak membuahkan hasil sepenuhnya. Hal ini kerana, bank tersebut hanya menerima kelulusan sementara daripada Financial Conduct Authority (FCA) di UK.

Oleh itu, Nikolay Storonsky, pengasas dan pegawai eksekutif Revolut telah mengkritik FCA kerana mempunyai proses pengawalseliaan yang tidak memberangsangkan.

Difahamkan bahawa, Revolut mempunyai lebih 3 juta pelanggan yang memberikan pengguna pendedahan penuh tentang pentingnya mata wang kripto terhadap syarikat fintech.

Revolut juga telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menggabungkan sepenuhnya mata wang kripto ke dalam perkhidmatan untuk pelanggan. Baru-baru ini, firma tersebut mendedahkan rancangannya untuk mengembangkan pasukan kriptonya sebanyak 20% dalam tempoh 6 bulan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat