Bank HSBC Iklankan Jawatan Penting Untuk Urus Kripto

174

“Macam menarik je, harapnya lepas ni bank lain pun tawarkan manfaat kripto yang menarik juga.”

Susulan pasaran mata wang kripto semakin berkembang pesat, bank terkemuka United Kingdom (UK) HSBC mengiklankan jawatan Pengarah Produk yang berperanan untuk menyelia penggunaan tokenization dan Web3.

*Proses data sensitif, seperti nombor kad kredit, digantikan dengan simbol pengenalan unik atau nilai pengganti yang dikenali sebagai token

Individu yang berhasrat mendapatkan posisi tersebut haruslah melaporkannya kepada Ketua Aset Digital Global dan Ketua HSBC Open ekoran tugas digalaskannya adalah sama seperti jawatan kanan dalam konglomerat perbankan.

Diperjelaskan lagi, pemohon perlu berupaya memikirkan pelbagai idea bagi membangunkan HSBC dari segi pengawal seliaan, pelanggan termasuk ekosistem aset digital dan mereka bentuk tokenization secara global.

Pemohon yang berjaya menjawat jawatan Pengurus Produk mestilah bertanggungjawab kembangkan objektif HSBC mengenai kripto.

Diselusuri dengan lebih terperinci, Pengurus Produk memerlukan individu itu untuk membina rangka kerja dan dasar strategik yang dapat memacu agenda perniagaan, projek serta tadbir urus bank tersebut.

HSBC di UK yang telah wujudkan perundangan aset digital baharu ekoran minat pengguna semakin meningkat telah menjadi punca mereka ingin mencari calon yang dapat bekerja dalam keadaan mencabar.

Secara konteks, HSBC menawarkan produk berkaitan kripto dan blockchain sama seperti JPMorgan yang tidak menyediakan perkhidmatan hanya kepada individu elit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat