Bank Negara Melihat Kos Sara Hidup Semakin Tinggi, Inflasi Terus Meningkat

177

Harga bahan api yang semakin meningkat berkemungkinan akan menolak kadar inflasi di Malaysia lebih tinggi daripada 4.5% yang direkodkan pada Februari, kata Bank Negara. Sebelum ini Jabatan Statistik melaporkan kenaikan inflasi ke paras tertinggi lapan tahun lepas bulan lalu.

Pengarah Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia, Fraziali Ismail mengatakan kenaikan inflasi ke paras tertinggi lapan tahun lepas dan melebih jangkaan pasaran 3.9% adalah tidak mengejutkan pihak bank pusat.

“Jika harga minyak mentah kekal di paras semasa, ia adalah “persoalan aritmetik” bahawa inflasi akan terus meningkat.”

“Kita mungkin akan melihat kesan pusingan kedua inflasi jika ekonomi terus beroperasi melebihi potensi,” dan jika permintaan terus meningkat, katanya pada 24 Mac. “Ekonomi semakin meningkat, tetapi kami tidak melihat tekanan yang menghadkan pergerakannya ketika ini.”

Bank Negara sebelum ini mengatakan dalam laporan tahunan 2016 bahawa inflasi akan bergerak dalam purata 3 peratus sehingga 4 peratus tahun ini, naik dari 2.1 pada 2016.

Peningkatan inflasi di Malaysia ketika ini sedikit menyukarkan tugas Bank Negara berikutan ia juga mahu mengekalkan kadar di paras rendah untuk menyokong ekonomi. Bank pusat mengekalkan kadar pada 3 peratus sejak Julai 2016.

Dengan pertumbuhan ekonomi semakin pantas, tetapi masih lagi belum melebihi potensi pengeluaran, yang mana dianggarkan berada di sekitar 4.7% tahun ini, kata Fraziali.

“Ekonomi beroperasi semakin hampir kepada potensinya, tetapi kita masih belum melihat tanda kita akan melebihi potensi itu,” katanya. – Bloomberg

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat