Bank of Canada: Banyak yang Anda Boleh Pelajari Dari Pandangan Gabenor Ini Tentang Polisi Ekonomi Kanada

86

Gabenor Bank of Canada (bank pusat Kanada) berucap di Majlis Perniagaan British Columbia di Vancouver pada selasa. Poloz menyampaikan ucapan yang bertajuk “25 Years of Inflation Targets: Certainty for Uncertain Times” yang boleh ditafsirkan sebagai “selama 25 tahun penggunaan sasaran inflasi dalam polisi monetari: kepastian dalam tempoh yang tidak menentu”.

Inflation targeting (sasaran inflasi), ialah polisi monetari yang digunakan oleh bank pusat untuk menetapkan sasaran kadar inflasi dalam jangka masa sederhana. Sasaran inflasi digunakan atas andaian kestabilan harga dalam sesebuah negara mampu mengekalkan pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Dalam ucapannya, Poloz membincangkan tentang penggunaan inflation targeting (sasaran inflasi) yang telah digunapakai selama 25 tahun. Beliau tetap yakin dengan pendekatan ini yang telah lama digunakan. Secara keseluruhan  tiada ucapan tentang pandangannya dalam polisi monetari jangka pendek.

Gabenor Bank of Canada ini dilihat sebagai penyokong kuat kepada inflation targeting kerana rekod kejayaan polisi ini sepanjang 25 tahun. Pun begitu, beliau tetap menegaskan, bank pusat akan terus meneliti polisi yang lebih baik jika ada.

Bank pusat telah mengkaji price-level targeting(sasaran paras harga) dan targeting nominal GDP growth(sasaran KDNK nominal). Namun, tiada pendekatan yang lebih baik daripada inflation targeting(sasaran inflasi).

Sasaran paras harga pula bermaksud, polisi monetari bagi mengekalkan kestabilan harga dengan mengawal nilai bacaan consumer price index (indeks harga pengguna). Sasaran KDNK-nominal pula ialah polisi monetari yang digunakan bagi menguruskan aktiviti ekonomi di sesebuah negara.

Poloz juga ada mengatakan, bank pusat sedang mempertimbangkan kebarangkalian untuk menaikkan sasaran inflasi dalam jangka masa sederhana. Untuk rekod sasaran inflasi Kanada ialah 2%. Namun katanya jika ia dinaikkan akan meningkatkan kadar faedah nominal.

Kadar faedah nominal ialah kadar faedah yang tidak mengambilkira kadar inflasi semasa. Contohnya, kadar faedah dalam pinjaman bank yang belum mengambilkira kos lain kepada pinjaman itu. Namun, gabenor mengatakan faedah kepada peningkatan sasaran ini lebih banyak yang akan menstabilkan peningkatan kos.

Poloz juga mengatakan tentang kestabilan kewangan yang mana beliau yakin pendekatan yang digunakan oleh bank pusat adalah yang terbaik untuk menguruskan risiko dalam pasaran kewangan. Selain itu, pihak kerajaan juga telah banyak membantu dalam kestabilan sektor perumahan dengan pengenalan regulasi yang lebih ketat untuk pinjaman perumahan.

Akhir sekali, gabenor mahu memberikan kepastian dalam pasaran kepada perniagaan di Kanada. Dalam konteks ini, keutamaan kepada bank adalah untuk menguatkan lagi model ekonomi dalam polisi monetari untuk disesuaikan dalam ekonomi moden yang serba kompleks ini.

 

Ekonomi Kanada Berkembang 0.2% Bulan Lepas

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat