Bank Pusat AS Akan Implimentasikan Idea Yang Diutarakan Fed Harker?

294

Presiden Philadelphia Fed, Patrick Harker memberikan sedikit ulasan beliau mengenai situasi ekonomi Amerika Syarikat. Beliau berpendapat Bank Pusat A.S harus mempertimbangkan untuk meningkatkan kembali kadar faedah jika inflasi telah melebih sasaran 2%.

Dalam temubual beliau bersama Bloomberg Television, Harker menyokong idea yang menyatakan inflasi seharusnya melebihi 2% sebelum sebarang tindakan peningkatan kadar faedah.

Setakat ini bank pusat sedang menyemak semula unjuran ekonomi berikutan peningkatan yang mendadak dalam kes jangkitan positif di daerah Selatan dan Barat Daya Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama amaran turut dikeluarkan, iaitu jika faedah insuran penggangguran gagal untuk diperpanjangkan maka ia akan memburukkan lagi keadaan.

Menurut Harker, adalah sangat digesa untuk meningkatkan angka rakyat A.S kembali untuk bekerja. Jika tidak ia akan memberi implikasi kepada perbelanjaan pengguna dan secara tidak langsung memberi impak terhadap ekonomi.

Disisi lain, Gabenor Fed, Lael Brainard menyatakan bahawa sudah tiba masanya bagi pembuat dasar monteari untuk membincangkan strategi jangka panjang untuk menyokong pemulihan ekonomi, termasuk memberikan panduan yang lebih rinci kepada umum tentang berapa lama kadar penanda aras semalaman akan dikekalkan pada kadar sifar.

Brainard turut menyatakan sokongan terhadap idea bahawa kadar faedah perlu dikekalkan buat sementara waktu sehingga kadar inflasi meningkat melebihi 2% kerana ia dapat membantu untuk menjana ekonomi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat