Bank Pusat England Ambil Langkah Drastik Kurangkan Kadar Sekali Lagi Sebagai Langkah Pencegahan!

390

Bank of England (BOE) ambil keputusan untuk menurunkan kadar faedah kepada 0.1% dan meningkatkan program pembelian bon pada hari Khamis, sebagai usaha menhadkan impak penularan koronavirus terhadap ekonomi.

Jawatankuasa dasar monetari bank pusat sebulat suara mengundi untuk mengurangkan kos pinjaman dan meningkatkan program pembelian bon BOE kepada £ 645 bilion ($ 752 bilion) iaitu peningkatan sehingga £ 200 bilion. Bank pusat mengatakan bahawa majoriti pembelian aset tambahan adalah terdiri daripada bon kerajaan U.K.

Langkah yang diambil BoE mengikuti jejak langkah yang diambil oleh beberapa bank pusat lain di seluruh dunia yang mengambil langkah berani dengan meningkatkan rangsangan bagi memerangi pandemik koronavirus.

Matawang sterling mengukuh 0.4% kepada bacaan $1.656 pada hari Khamis. Dalam satu kenyataan BoE, “penularan wabak Covid-19 mempunyai potensi mengakibatkan kejutan ekonomi yang lebih besar namun ia berkemungkinan bersifat sementara”.

Sehingga kini, U.K. mempunyai 2,644 kes koronavirus berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University, dengan 104 kematian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat