Bank Pusat Eropah (ECB) Berhadapan Dengan Krisis Dalaman? – Pasaran Semakin Buntu!

249

Penggubal dasar Bank Pusat Eropah dilaporkan semakin berpecah dalam menanggapi  langkah-langkah yang perlu diterapkan untuk memacu ekonomi semasa penularan Covid-19 gelombang kedua. Perselisihan ini telah memberi kesan terhadap persetujuan yang dicapai antara Presiden ECB, Christine Lagarde dengan orang dalam ECB seramai 8 orang.

Lagarde telah berjaya mengakhiri pertikaian yang menyebabkan ECB menjadi kucar kacir pada bulan terakhir semasa tempoh pentadbiran Mario Draghi pada tahun lalu. Lagarde juga telah berjaya mengumumkan beberapa pakej rangsangan bagi memastikan ekonomi terus bertahan ditengah penularan pandemik.

Ketegangan bertambah meningkat apabila terdapat lonjakan kes jangkitan positif Covid-19 sehingga memaksa ECB untuk mengumumkan pakej rangsangan dengan lebih banyak lagi. Beberapa isu berbangkit juga telah menyebabkan ketua ekonomi Philip Lane mendapat tomahan dari pelbagai pihak.

Penggubal dasar  yang berada dalam kem ‘hawkish’ berpendapat bahawa ECB meremehkan beberapa indikator ekonomi yang positif. Mereka juga menggesa agar ECB mengurangkan pembelian bon sesuai dengan keadaan pasaran. Di sudut bertentangan, pihak yang berada di kem ‘dovish’ menggesa Lagarde untuk menyesuaikan tindakan yang lebih kukuh sesuai dengan risiko pertumbuhan dan ancaman pengukuhan euro berbanding US dolar.

Terdapat pihak yang berpendapat bahawa unjuran ekonomi terlalu pesimis kerana ECB gagal untuk mengendalikan langkah rangasangan fiskal yang diumumkan, dimana ia akan menyebabkan menyebabkan pertumbuhan dan inflasi yang lebih tinggi terjejas. Pasaran kini sedang memerhati dengan saksama perkembangan yang sedang berlangsung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat