Bank Pusat Jepun Akan Teruskan Pelonggaran Polisi Monetari Yang Aggresif

48

Pada hari Ahad, gabenor Bank Pusat Jepun(BOJ) Haruhiko Kuroda mengumumkan bahawa bank pusat akan meneruskan program ransangan ekonomi sehingga inflasi berjaya mencecah lebih daripada sasaran 2 peratus.

” Bank pusat Jepun akan meneruskan pengamalan dasar pelonggaran kuantitatif bagi mencapai sasaran kestabilan harga seawal mungkin.”

BoJ telah mengekalkan pengamalan dasar polisi yang sangat longgar untuk beberapa waktu. Pada bulan September 2016, BoJ telah mengubah rangka kerja dasar mereka dengan menurunkan kadar faedah jangka masa panjang kepada -0.1 peratus dengan harapan dapat meningkatkan bekalan wang dalam negara.

Kuroda belum berhasrat untuk mengubah polisi tersebut dalam masa terdekat dan beliau menjangkakan inflasi akan meningkat.

Lanjut Kuroda, firma telah mula mengimplimentasikan penambahbaikan dalam kecekapan penjimatan buruh. Hal ini akan mendorong kepada peningkatan produktiviti dan membantu menjana output ekonomi. Akhir sekali, ia akan meningkatkan kos buruh dan menekan firma untuk menaikkan harga.

“Apabila harga dalam ekonomi meningkat, jangkaan inflasi bagi firma dan isirumah akan turut meningkat secara beransur-ansur dan akhirnya inflasi sebenar dapat mencecah sasaran 2 peratus”, kata beliau.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat