Bank Pusat New Zealand Mungkin Menaikkan Kadar Minggu Depan

45

Inflasi jangka panjang bagi perniagaan di New Zealand tidak berubah pada suku ketiga yang mencatatkan bacaan 1.7%. Hal ini memberi skop yang lebih besar kepada bank pusat New Zealand (RBNZ) dalam polisi monetari (kewangan).

Data yang dikeluarkan oleh RBNZ ini dinamakan inflation expectation (jangkaan inflasi). Data ini dikira dengan tinjauan ke atas 100 orang konsumer tentang jangkaan harga 24 bulan ke depan.

Dalam laporan yang dikeluarkan sebelum ini, inflasi konsumer naik 0.2% pada suku ketiga berbanding 0.4% pada suku kedua. Bacaan yang agak lemah ini meningkatkan jangkaan kepada pengurangan kadar RBNZ di masa hadapan.

Bank pusat ini telah melonggarkan polisinya beberapa kali sepanjang tahun ini untuk mencapai sasaran inflasi. Kali terakhir bank pusat memotong kadar faedah ialah pada Ogos lepas kepada 2%. Mesyuarat RBNZ seterusnya akan berlangsung pada 10 November ini.

Kebanyakan bank pusat di seluruh dunia sedang menjalankan polisi pelonggaran termasuk Malaysia sendiri. Australia, Jepun, England, Kanada, Eurozone antara yang termasuk dalam senarai bank pusat yang sedang menjalankan polisi pelonggaran (easing policy).

Polisi pelonggaran atau easing policy dalam Bahasa inggeris ialah tindakan bank pusat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan pengangguran dalam masa yang sama menaikkan inflasi ke tahap optimum. Hal ini disasarkan menggunakan instrumen polisi, contohnya mengurangkan kadar faedah bank pusat, supaya rakyat lebih mudah meminjam wang untuk menaikkan perbelanjaan domestik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat