“Bank Pusat Tak Boleh Terus Kekalkan Polisi Longgar Lagi”

439

“Tiada ruang untuk bank-bank pusat untuk terus kekalkan dasar yang longgar.”

Selepas pandemik melanda, hampir kesemua bank-bank pusat di seluruh dunia melaksanakan langkah pelonggaran polisi dengan kaedah menurunkan kadar faedah dan juga meningkatan pembelian bon kerajaan (tapering) untuk meningkatkan semula pemulihan ekonomi.

Namun setelah langkah tersebut dikekalkan berpanjangan, bank-bank pusat mula berdepan masalah yang lain, iaitu kenaikan pada kadar inflasi negara.

Justeru, untuk kembali mengekalkan kestabilan ekonomi, langkah untuk mengetatkan semula dasar perlu dilaksanakan untuk membendung inflasi yang lebih tinggi.

Dengan kembalinya gelombang varian coronavirus Omicron yang baru, bank-bank pusat utama mula goyah untuk meneruskan langkah pengetatan dasar.

Ketua Ekonomi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Gita Gopinath memberi pandangannya bahawa bank-bank pusat pada waktu ini tidak mempunyai ruang untuk mengekalkan pelonggaran polisi dan kadar faedah yang rendah.

Menurutnya, dunia sekarang berada di fasa di mana tiada ruang untuk terus kekalkan dasar yang longgar dan kadar faedah rendah sementara tekanan inflasi terus meningkat di seluruh dunia.

Beliau turut memberi amaran pandemik boleh mengakibatkan kerugian yang lebih besar berbanding anggaran dengan jangkaan tambahan kerugian $5.3 trilion lagi selepas unjuran kerugian sebelum ini pada $12.5 trilion.

Beliau berucap pada acara yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengumpul dana $23.4 bilion untuk vaksin dan alatan untuk membendung pandemik.

Dengan risiko pandemik yang berterusan, dijangkakan untuk gangguan bekalan juga akan berpanjangan dan menambahkan tekanan inflasi sehingga mendorong situasi stagflasi ekonomi.

Jadi, apa jangkaan pelabur terhadap keputusan mesyuarat polisi terakhir 2021 untuk Bank of England (BOE), Bank of Japan (BOJ), Swiss National Bank (SNB) dan Federal Reserve (Fed) pada minggu hadapan? Terus kekalkan pelonggaran polisi atau sebaliknya?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat