“Wow terbaiklah SoFi, bank lain ada yang macam ni juga tak?”
Dalam laporan kewangan suku keduanya, pegangan mata wang kripto institusi perbankan berpangkalan di San Francisco SoFi dilaporkan mendaki $170 juta, di mana Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Dogecoin (DOGE) dan Cardano (ADA) adalah pegangan terbesarnya.
Sudah sedia maklum SoFi yang telah menyediakan perkhidmatan kepada lebih enam juta pelanggan telah mempunyai pegangan kripto sebanyak $166 juta, di mana $82 juta adalah dalam BTC, $55 juta dalam ETH, $4.5 juta ADA dan DOGE $4.9 juta.
Bukan itu sahaja, bank tersebut turut memegang Solana (SOL) bernilai $2.1 juta, $3.5 juta dalam Litecoin (LTC), 2.9 juta Ethereum Classic (ETC) serta lebih $10 juta dalam aset digital lain.
Selain itu, pembentangan pelabur telah menekankan pertumbuhan kukuh SoFi dalam pasaran kripto dengan setengah juta orang sudah menjadi pelanggan baharu bank tersebut susulan ia memudahkan perdagangan untuk lebih 22 aset digital.
Walaupun tidak melaksanakan perkhidmatan staking, SoFi yang memegang aset digital dan tawarkan perkhidmatan kripto kepada penggunanya pada September 2019 melalui perkongsian bersama Coinbase telah benarkan mereka beli dan jual aset digital.
Umum mengetahui SoFi pada Februari 2022 secara rasminya telah menjadi bank selepas ia memperoleh lesen perbankan seterusnya menjadikannya antara bank tradisional yang jarang menceburi bidang kripto.
Namun, ketegangan meningkat tahun lalu apabila jawatankuasa Senat Amerika Syarikat (AS) bangkitkan kebimbangan tentang pematuhan SoFi terhadap peraturan perbankan yang perlu dilaksanakan menjelang Januari 2024.
Susulan FTX mengalami keruntuhan drastik, penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) semakin bertindak agresif terhadap aset digital ditambah pula Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) memfailkan saman terhadap Binance dan Coinbase.