Bank Tempatan Prihatin Tawarkan Bantuan Bagi Yang Terkesan Musibah Banjir

268

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Beberapa bank tempatan telah mengumumkan bantuan kepada pelanggan yang terkesan dengan banjir yang melanda negara.

Antara yang mengumumkan bantuan adalah Malayan Banking Bhd (Maybank), Ambank Group dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB).

Bantuan yang diumumkan oleh Maybank

  • penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman
  • pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik

Bantuan yang diumumkan oleh AmBank Group

  • penawaran moratorium sehingga 6 bulan bagi kemudahan pinjaman dan pembiayaan kad kredit tanpa sebarang caj lewat atau penalti
  • pebukaan buku simpanan, buku cek, sijil simpanan tetap, ATM, kad kredit dan debit dikecualikan caj sampingan dan penggantian

Bantuan yang diumumkan oleh BIMB

  • pemohonan pelepasan kewangan sehingga 6 bulan atas komitmen bulanan bagi mereka yang terjejas

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat