Banyak Token Gaming Tumbang, Kenapa RON Steady Je?

187

“Harga RON naik gila-gila juga eh, mesti yang tak beli menyesalkan.”

Mata wang kripto berkaitan gaming terkesan apabila pasaran aset digital berada dalam keadaan merah disebabkan Bitcoin (BTC) merudum hampir $39,000, tetapi situasi malang itu tidak terjadi pada token RON diasaskan rangkaian Ronin yang masih mengekalkan kedudukannya.

Hal ini kerana RON berjaya menggunung secara ketara ke $2.53 daripada $0.33 pada 18 Oktober 2023 sehingga menyebabkan tersenarai dalam 100 kripto teratas.

Pada asalnya memang dilancarkan bagi Axie Infinity pada tahun 2021, tetapi rangkaian sidechain Ethereum yang turut direka untuk gaming telah menyemarakkan kenaikan game lawan raksasa susulan terdapat penjanaan berbilion dolar dalam jumlah dagangan non-fungible token (NFT).

Sementara pembangun Sky Mavis telah menyertai pembangun tambahan kemudian berganding bahu bersama Pixels, iaitu game yang berhijrah ke Ronin daripada Polygon sidechain Ethereum pada lewat tahun lepas.

Di tengah-tengah minat terhadap game dan keseronokan di sekitar kempen play-to-airdrop, RON telah melihat pendakian dalam wallet aktif harian.

Biarpun Pixels menamatkan kempen terakhirnya itu pada Jumaat menjelang pelancaran token PIXEL yang akan datang, satu lagi game Ronin-Apeiron baru sahaja melancarkan airdrop mereka sendiri pada minggu lepas.

Pada masa ini, harga RON yang didagangkan pada $2.26 telah mencatatkan penyusutan sedikit 4.39% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $648 juta tetapi masih raih 27.58% dalam masa tujuh hari lepas.

Namun, kebanyakan token gaming mengalami penurunan lebih ketara susulan Immutable (IMX) kini tergelincir 2.80%, BEAM 0.96%, Gala Games (GALA) 3.60% manakala Axie Infinity (AXS) dan Smooth Love Potion (SLP) masing-masing jatuh 3.56% serta 4.46%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat