“Adakah pelabur sekarang lebih tertarik dengan kucing daripada anjing?”
Biarpun banyak memecoin mengalami penghapusan kerugian mingguan setelah pasaran mata wang kripto lebih luas jatuh sehingga modal pasarannya terjun 5.2%, Catcoin (CAT) tetap pantas bergerak ke atas dalam masa 24 jam lalu.
Menerusi pemerhatian, jumlah dagangan harian CAT naik 197% pada $18.2 juta kemudian harganya raih lebih 1,100% pada bulan lepas disebabkan komunitinya yang terus berkumpul di sekitar memecoin bertemakan kucing.
Namun secara keseluruhannya, memecoin bertemakan kucing turun 7.1% dengan modal pasaran $1.9 bilion dan jumlah dagangan berjumlah $337 juta, tetapi perlu diketahui MEW dan Leia berjaya mencatatkan aliran masuk 35% serta 19.6%.
Susulan berada di atas carta memecoin bertemakan kucing ditambah pula komunitinya mengumpulkan lebih banyak aliran masuk, MEW telah memperoleh 284% pada minggu lalu manakala WEN dan MOG melihat penurunan sejajar dengan aset digital lain.
Bukan itu sahaja, POPCAT dan LMEOW juga merosot 29% serta 33% yang menandakan aliran keluar lebih besar dalam tempoh 24 jam lepas sementara memecoin bersandarkan Solana (SOL) seperti dogwifhat (WIF) turut tergelincir $7.4% kemudian SLERF 35%.
Selain daripada ekosistem memecoin, Bitcoin (BTC) yang semakin menghampiri acara halving telah melihat aliran keluar termasuk altcoin di mana ia dikaitkan dengan faktor makroekonomi dan kejatuhan sedikit dalam pasaran saham.
Namun dari suku keempat 2023, pelaburan tradisional yang meningkat dalam pasaran kripto telah tercetus disebabkan jangkaan kelulusan spot BTC ETF oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) yang mendorong harga BTC ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada bulan lepas.