Barat Bakal Terima Balasannya, Rusia Akan Bangkit Lebih Kuat – Putin

5,047

Presiden Vladimir Putin berkata bahawa sekatan yang dikenakan terhadap Rusia bakal berbalik semula kepada Barat dan Moscow akan menyelesaikan masalahnya serta muncul lebih kuat.

Beliau membuat komen itu ketika pertemuan secara maya dengan pemimpin kerajaan pada hari Khamis.

Merujuk kepada sekatan Amerika Syarikat terhadap import minyak Rusia, beliau mengatakan harga dan inflasi di negara itu semakin meningkat dan pemimpin di Washington cuba menyalahkan Moscow atas kesilapan mereka sendiri.

Beliau menambah bahawa rakyat Rusia tidak harus berkompromi untuk keuntungan ekonomi jangka pendek. Putin juga mengakui bahawa impak daripada sekatan sedang dirasai tetapi beliau yakin rakyatnya akan mengatasinya.

Ini secara tidak langsung menggambarkan sekatan Barat sebagai merugikan diri sendiri dan menyakinkan Rusia bahawa negara itu boleh bertahan dalam ‘perang ekonomi’.

Sebagai tindak balas terhadap negara Barat, kerajaan Rusia mengatakan ia telah menyekat eksport peralatan telekom, perubatan, kereta, pertanian, elektrik dan teknologi sehingga akhir 2022.

Secara keseluruhan, lebih 200 item dimasukkan dalam senarai penggantungan eksport, yang turut meliputi kereta api, kontena, turbin dan barangan lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat