BAT Malaysia Mahu Kerjasama Dalam Kawal Selia Vape

238

British American Tobacco Malaysia Bhd (BAT) menyokong penuh langkah kerajaan Malaysia untuk menggubal undang-undang baru mengenai pengawalseliaan e-rokok atau lebih dikenali sebagai vape susulan peningkatan kes penyakit dan kematian akibat vape di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, BAT menyatakan kekecewaannya terhadap kerajaan Malaysia yang tidak meminta pendapat mereka dalam proses pengawalseliaan vape dan menggesa kerajaan agar turut melibatkan peserta industri dalam perbincangan tersebut untuk menepati piawaian kualiti dan keselamatan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Industri Standard British.

Pengarah Urusan BAT, Erik Stoel menyatakan bahawa larangan vape bukan sahaja menggalakkan pengguna terus membeli produk tidak terkawal malah menyebabkan agensi penguatkuasa undang-undang perlu berusaha kuat untuk membanteras produk tersebut.

Di Malaysia, produk vape yang tidak dikawal selia kebanyakannya mengandungi nikotin, telah berkembang dan dianggarkan menyumbang 8-10% daripada penggunaan tembakau Malaysia menyebabkan timbul isu penggunaan rokok haram.

Kes di AS merupakan salah satu contoh kenapa peraturan dan penguatkuasaan yang berkesan adalah perlu dalam memastikan keselamatan produk serta mencegah penggunaannya di kalangan golongan bawah umur.

BAT juga menafikan penggunaan THC dan Vitamin E Acetate dalam produk vape mereka memandangkan setiap bahan dan komponen yang digunakan telah diteliti dan ditapis sepenuhnya oleh ahli toksikologi dengan mengikut kesesuaian kepada produk mereka.

Saham BAT ditutup susut 10 sen kepada RM19.36 ketika sesi dagangan tengah hari ini berakhir, dengan 137,500 saham dilakukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat