Batal Visa Pelajar, Pentadbiran Donald Trump Disaman!

341

Dua buah institusi pendidikan terkemuka Amerika Syarikat, iaitu Universiti Harvard (Harvard) dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar menghalang tindakan pentadbiran presiden Donald Trump yang didakwa membatalkan visa pelajar asing.

Berikutan dengan krisis COVID-19, para pelajar tersebut dilarang untuk menetap di Amerika Syarikat kerana sesi pembelajaran mereka hanya dijalankan secara atas talian. Lebih malang lagi, Jabatan Negara Amerika Syarikat dikhabarkan tidak akan mengeluarkan visa serta menghalang mereka untuk memasuki negara berkenaan.

Walau bagaimanapum, Trump tetap berkeras untuk memulakan sesi persekolahan dan universiti pada bulan September meskipun kes COVID-19 yang direkodkan di negara itu masih di paras bahaya.

Sehingga kini, Amerika Syarikat telah mencatatkan kes jangkitan yang tertinggi di dunia iaitu sebanyak lebih 3.1 juta manakala angka kematian yang direkodkan adalah hampir 135,000 korban.

Persoalannya, adakah tindakan mahkamah dapat mengubah keputusan mereka?

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat