Batman Tak Masuk Rusia, Warner Bros Tangguh Tayangan Di Pasaran Box Office Terbesar Eropah

355

‘Batman goyang ke? Takpe biar Bruce Wayne salurkan duit bantu Ukraine.’

Warner Bros mengumumkan penangguhan tayangan filem The Batman sebagai bantahan terhadap tindakan Rusia yang menyerang Ukraine.

Jurucakap Warner Bros telah mengeluarkan kenyataan media mengkritik tindakan yang telah menyebabkan kehilangan nyawa di Ukraine dan mengharapkan segala tragedi yang berlaku dapat diselesaikan dengan aman.

Ini menandakan industri hiburan turut sama menyertai sektor lain seperti teknologi dalam mengenakan sekatan kepada Rusia.

Memetik sumber daripada The Hollywood Reporter, Rusia merupakan pasaran Box Office terbesar di Eropah dan merupakan wilayah yang paling menguntungkan untuk filem keluaran Hollywood.

Sebagai contoh, filem Spider-Man: No Way Home keluaran Sony yang ditayangkan di Rusia memperoleh lebih daripada $44.5 juta sejak ditayang pada bulan Disember.

Selain Warner Bros, Disney dan Sony cuba bertindak melakukan perkara yang sama dengan menangguhkan tayangan filem animasi Turning Red dan Morbius yang sepatutnya dikeluarkan bulan depan.

Alasan bagi kedua-dua syarikat perfileman tersebut adalah sama seperti Warner Bros yang menentang kezaliman perang yang dibuat oleh Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat